Monday 23 June 2014

Assalam semua warga Malaysia..

Pertama sekali saya nak bagitahu yg saya ni bukanlah seorang yang kencang menulis di blog2 begini.Lebih2 lagi kerja org makan gaji macam saya ni.Setiap saat Allah akan hitung adakah kita ni jujur pada majikan? Adakah internet yg diberikan majikan digunakan untuk tujuan kerja atau kita slh gunakan sebagai medan ber FB? Blog dan yang seangkatan dengannye..Ye.. saya tahu semua tu..

Tapi ada lagi isu PENTING yang buat saya rasa, YA! perlu untuk saya menulis sesuatu di medium ini dengan niat ia adalah sekadar ikhtibar serta renungan demi kesejahteraan manusia sejagat..

Ceritanya bermula di satu petang apabila saya terbaca satu kenyataan di laman mymetro online tentang isu remaja OKU adik Firdaus yang didakwa diabaikan ibu kandung sendiri. Turut disertakan video amatur dari sumber utama yang saya fikir dari salah seorang wartawan yang hadir.

Subhanallah! Ya Allah!!! Air mata saya gugur melihat video seorang anak OKU yang dikurung di dalam bilik dengan keadaannya yang MASHAALAH..tak terjangkau dek akal saya ni..Saya betul2 sebak..Sepanjang2 itu saya teringatkan anak2 saya yang masih kecil.Ketika saya tgk video ni, kedua2 anak saya tiada di sisi..Yang abang berusia 6 tahun keluar ke kedai ikut abinya then yang kecik (setahun) tu sedang lena tidur dlm endoi (buai).. Saya bayangkan kalau lah anak aku berada di tempat itu.Ya Allah..kenapa masih ada lagi manusia yang sebegini cetek akal fikirannya? Saya betul-betul terkesan dengan apa yang saya lihat..tambahan pula ia berlaku di Malaysia.(Kalo di negara luar tu kira macam takdelah nak terkejut sgt sbb mcm2 benda pelik dah dorg buat!)

Tapi itulah! Mata tidak bisa menipu. Mata tidak bisa mengubah apa yg kita lihat. Ini bukan teori DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER! This is a real story.Bab kata Pendekar Mustar (dlm cerita Pendekar Bujang Lapok)..Ini bukan cubaan,,ini betul-betul!). Sanggup ibu kandung kurung anak OKU begitu? Nauzubillahi minzalik~

Ok cerita ni tak terhenti di situ sahaja. Pagi ni sekali lagi saya terkejut dengan kenyataan sorang hamba Allah yang post satu statement dlm FB yang menyuruh warga malaysia yang mengutuk Pn Lola (ibu adik Firdaus) itu pergi minta maaf balik.Hamba Allah yang mendakwa dirinya pergi melawat adik Firdaus di hospital itu mengatakan dia lagi tahu dan arif tentang cerita kedhaifan Pn Lola. Adoyaii...sekali lagi saya rasa kecewa kerana masih ada lagi orang macam ni? Mana pergi akalmu yang waras dalam membezakan yang mana yang hak dan bathil? Buka hati..buka minda...tidakkah kamu terfikir tentang kondisinya ketika ditemui oleh pegawai Imigresen itu? Fikirkan dari sudut logik akal ini shj cukup memadai:

1) Baju
Baju yang dipakai koyak rabak (tak tak macam rupa baju)..kain lap kat dapur lagi cantek dari tu.Baju tshirt budak RM5 belambak2 skg ni.takkan tak mampu nk beli? takkan si ibu tak tukar baju yang carik itu? takkan si ibu xde masa langsung nak mandikan dia? keadaannya sgt tak terurus itu sudah menceritakan segala-galanya!

atau 

Adakah baju yang dipakai Pn Lola juga koyak rabak seperti itu? tak kan?? fikirkan~

2) Makanan 
Makanan adik Firdaus yang diletakkan di dalam bekas polistrin . Pn Lola ckp ini untuk buat anaknya berdikari (mkn sendiri).Ya Allah!! tahu kan yang anak itu mengidap penyakit cacat otak (cerebral palsy), manakan mungkin dia boleh berfikir waras seperti org normal? mana dia tahu mknn tu utk apa? mcmana nak suap masuk mulut? dan sebagainye..Sebab tulah dlm video kita boleh nampak sendiri bekas polistrin yang koyak dan bertaburan,dan yang dashyatnya...mknn tadi dah bercampur dengan najis! Pernah terfikir tak macam mana anak itu mkn? Guna kaki?

atau

Puan Lola sendiri mkn seperti itu setiap hari? fikirkan~


3) Panggil Mak
Nampak tak dia perlukan Pn Lola? nampak tak walaupun diabaikan sebegitu, adik Firdaus still mencari ibunya?

atau

Puan Lola tak tahu apa itu erti kasih ibu?

Maaf ckp.Masing-masing ada pandangan peribadi.Macam saya bagitahu tadi..sy mmg takde masa nak menulis blog ni tapi tak tahulah kenapa Allah bagi saya kekuatan untuk menyampaikan apa yang saya rasa penting utk hamba Allah tadi tu tahu. Jangan kita membuat perkara yang mencurigakan takut nanti timbulnya fitnah~ ya dan inilah yang terjadi. 

Persoalannya sekarang..apa tindakan yang seterusnya?siapa yang harus bertanggungjawab? adakah ada lagi kes2 seperti ini tapi kita je yang tak tahu..(Mujurlah ada PATI dtg situ yang menyebabkan Imigresen pergi ambush)..kalau tidak, apa?

ALLAH BERI KITA AKAL, JADI GUNALAH IA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA ~


ASSALAM